Sunday, May 24, 2009

Syarat dan perjanjian

Berikut adalah syarat & perjanjian yang perlu dipatuhi:

1.Setiap pihak iaitu saya, ejen, majikan dan pembantu rumah WAJIB mengikut hukum dan lunas-lunas Islam. Setiap permasaalahan yang timbul hendaklah diselesaikan dengan hikmah dan akhlak yang di ajar Rasulullah SAW.

2. Ejen Indonesia bersedia menggantikan pembantu rumah tanpa kos jika pembantu rumah yang masuk GAGAL FOMEMA dengan syarat pemeriksaan dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh masuk.( 1 kali gantian sahaja).

3. Jika dalam tempoh 3 bulan dari tarikh masuk, berlaku perkara berikut iaitu:
a. Pembantu rumah GAGAL memenuhi atau menjalankan tugas.
b. Pembantu rumah LARI
maka Ejen Indonesia akan mengganti pembantu rumah ( 1 kali gantian sahaja ) dengan kos penggantian RM1200 dan kos proses semula di Malaysia ditanggung majikan.

4. Tempoh penggantian semula tidak ada jangka waktu TETAPI pihak saya dan ejen akan cuba mencari gantian secepat mungkin.

Sesungguhnya, setiap kejadian bersebab dan DIA menguji kita untuk menghapuskan dosa dan mengangkat darjat kita. Jawapan kepada segala masalah ialah dengan membanyakkan solat taubat dan membaca alQuran.

Setiap pembantu rumah asing yang dipilih perlu diproses mengikut undang-undang Kerajaan Malaysia serta berlandaskan alQuran dan sunnah.

KOS PEMPROSESAN

1. KOS KEMASUKAN RM5400 ( 3 BULAN POTONGAN GAJI ).
GAJI PRA 450 SEBULAN.

2. KOS LAIN DITANGGUNG MAJIKAN :
A. KOS STEM HASIL DAN COP SUMPAH : RM 60 ( STEM 5 KEPING )
B. KOS LEVI RM445.
C. KOS FOMEMA ( DALAM TEMPOH 1 BULAN) RM190

JUMLAH RM 695


PROSEDUR PEMPROSESAN:

1.DEPOSIT TEMPAHAN RM 2000.
Sila deposit ke akaun Maybank SAHIDA SAID (558033403267)
Emel resit pembayaran dan biodata majikan,( nama suami isteri, no kp &
alamat.

2. Borang permohonan beserta dokumen berkaitan akan dipos kepada majikan. Majikan perlu matikan stem hasil dan cop sumpah. Lengkap kan .

3. Majikan atau isteri perlu menghantar borang berkenaan ke Jabatan Imigresen yang berdekatan ( bahagian pekerja asing/ pembantu rumah ).

4. Setelah 3 hari bekerja, kebiasaannya surat kelulusan ( calling visa ) dan resit
levi mesti dijelaskan (RM445).

5. Calling visa dan resit akan dipos ke Indonesia untuk proses kemasukan dan
majikan perlu menjelaskan RM2000 ( bayaran kemasukan ).

6. Antara 1-3 minggu, pembantu rumah akan diterbangkan ke Malaysia dan majikan perlu menjemput di lapangan terbang.


7. Baki kos RM1400 dijelaskan pada hari ketibaan pembantu rumah.

8. Dalam tempoh 2 minggu pembantu rumah masuk, beliau perlu ke klinik panel FOMEMA.

Saturday, May 23, 2009

Biodata




Pembantu Rumah Islam

Salam

Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta, RASULULLAH SAW dan ahli keluarga baginda.
Moga kita semua akan berpeluang mendapat syafaat Baginda. Amin

Terima kasih atas kesudian menjenguk sebentar. Mungkin ada kebaikan atau rahmat di sebalik pertemuan.

Berikut terdapat beberapa biodata pembantu rumah yang boleh di ambil bekerja atau memikul sebahagian tugasan di rumah.

Setelah meneliti biodata, amatlah besar harapan saya agar majikan meluangkan sedikit masa untuk solat Istikharah, Taubat dan Hajat. Mengambil Pembantu Rumah Asing (PRA) tidak menjanjikan terbaik, lebih kepada taqdir dan makbulnya doa majikan.

Kesilapan majikan adalah memilih pembantu tanpa merujuk kepada Maha Berkuasa terlebih dahulu. Walaupun saya sebagai perantara ejen dan majikan, kerisauan tetap ada bila memikirkan tidak semua pembantu rumah ada asas agama. Malangnya, majikan sering memilih kerana kos murah sehingga kadang-kadang tidak pernah menghiraukan sama ada pembantu rumah tahu solat apatah lagi soal mandi wajib.

Maaf jika menyinggung, tetapi sebagai ibu, saya sering memikirkan fenomena sekarang di kalangan majikan, asal ada pembantu rumah sudah cukup. Jika boleh saya menyarankan banyakkan solat taubat, bersedeqah dan membaca al Quran. Fikirkan apa akan terjadi pada zuriat kita andai terabai iman kerana kesilapan memilih pembantu rumah.

Sebarang pertanyaan hubungi: Ustazah Hajjah Sahida Said.
mam4smart@yahoo.com
islamicmaid@gmail.com
012458693
http://www.islamicmaid.webs.com/