Saturday, May 23, 2009

Pembantu Rumah Islam

Salam

Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta, RASULULLAH SAW dan ahli keluarga baginda.
Moga kita semua akan berpeluang mendapat syafaat Baginda. Amin

Terima kasih atas kesudian menjenguk sebentar. Mungkin ada kebaikan atau rahmat di sebalik pertemuan.

Berikut terdapat beberapa biodata pembantu rumah yang boleh di ambil bekerja atau memikul sebahagian tugasan di rumah.

Setelah meneliti biodata, amatlah besar harapan saya agar majikan meluangkan sedikit masa untuk solat Istikharah, Taubat dan Hajat. Mengambil Pembantu Rumah Asing (PRA) tidak menjanjikan terbaik, lebih kepada taqdir dan makbulnya doa majikan.

Kesilapan majikan adalah memilih pembantu tanpa merujuk kepada Maha Berkuasa terlebih dahulu. Walaupun saya sebagai perantara ejen dan majikan, kerisauan tetap ada bila memikirkan tidak semua pembantu rumah ada asas agama. Malangnya, majikan sering memilih kerana kos murah sehingga kadang-kadang tidak pernah menghiraukan sama ada pembantu rumah tahu solat apatah lagi soal mandi wajib.

Maaf jika menyinggung, tetapi sebagai ibu, saya sering memikirkan fenomena sekarang di kalangan majikan, asal ada pembantu rumah sudah cukup. Jika boleh saya menyarankan banyakkan solat taubat, bersedeqah dan membaca al Quran. Fikirkan apa akan terjadi pada zuriat kita andai terabai iman kerana kesilapan memilih pembantu rumah.

Sebarang pertanyaan hubungi: Ustazah Hajjah Sahida Said.
mam4smart@yahoo.com
islamicmaid@gmail.com
012458693
http://www.islamicmaid.webs.com/




1 comment:

  1. Salam,
    Para majikan, susah nak mencari yang jujur dan ikhlas bekerja kerana Allah. Mohon kerjasama, berganding doa agar semua pembantu rumah Indonesia yang bekerja, dapat memelihara Iman. hanya Iman membataskan mungkar.

    ReplyDelete