Sunday, May 24, 2009

Syarat dan perjanjian

Berikut adalah syarat & perjanjian yang perlu dipatuhi:

1.Setiap pihak iaitu saya, ejen, majikan dan pembantu rumah WAJIB mengikut hukum dan lunas-lunas Islam. Setiap permasaalahan yang timbul hendaklah diselesaikan dengan hikmah dan akhlak yang di ajar Rasulullah SAW.

2. Ejen Indonesia bersedia menggantikan pembantu rumah tanpa kos jika pembantu rumah yang masuk GAGAL FOMEMA dengan syarat pemeriksaan dilakukan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh masuk.( 1 kali gantian sahaja).

3. Jika dalam tempoh 3 bulan dari tarikh masuk, berlaku perkara berikut iaitu:
a. Pembantu rumah GAGAL memenuhi atau menjalankan tugas.
b. Pembantu rumah LARI
maka Ejen Indonesia akan mengganti pembantu rumah ( 1 kali gantian sahaja ) dengan kos penggantian RM1200 dan kos proses semula di Malaysia ditanggung majikan.

4. Tempoh penggantian semula tidak ada jangka waktu TETAPI pihak saya dan ejen akan cuba mencari gantian secepat mungkin.

Sesungguhnya, setiap kejadian bersebab dan DIA menguji kita untuk menghapuskan dosa dan mengangkat darjat kita. Jawapan kepada segala masalah ialah dengan membanyakkan solat taubat dan membaca alQuran.

No comments:

Post a Comment